Cara Betul Menangi Tender Kerajaan Tanpa Rasuah di Malaysia

Diterbitkan pada 24 Nov 2026 · 4 kali dibaca · Tips Mudah

Mana satu pilihan anda? Untuk dapatkan tender dengan cara yang tidka beretika ataupun berusaha dengan cara yang sihat. Dapat berdasarkan kredibilit dan kemampuan Syarikat meawarkan penyelesaian yang baik untuk agensi.

Berdasarkan rekod siasatan dan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

  • Sindiket Kartel Monopoli Tender RM3.8 Bilion. Melibatkan lebih 150 syarikat yang memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi sejak 2014. Dalang kes ini didenda RM3 juta dan aset bernilai lebih RM5 juta dilucuthakkan selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu serta membocorkan maklumat Bill of Quantities (BQ)

  • Kes Rasuah Kartel Tender Tentera Darat Malaysia (TDM). SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat dan menyiasat 26 syarikat berhubung pemberian suapan kepada pegawai kanan tentera bagi mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan, melibatkan sitaan wang tunai dan barangan mewah bernilai lebih RM11 juta

  • Kes Rasuah Perolehan Projek Pusat Data di Johor (Op Ways). Melibatkan pengurus kontrak dan pengarah syarikat yang ditahan berhubung rasuah bernilai RM7.5 juta sebagai balasan mendapatkan enam tender pembinaan bernilai kira-kira RM180 juta.

  • Kartel Projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Penahanan penjawat awam, pegawai penguat kuasa, dan kontraktor yang membocorkan maklumat tender sebagai balasan kepada wang tunai, rumah, kenderaan, dan pakej pelancongan.

  • Kes Penerimaan Hadiah oleh Penjawat Awam (JKR). Seorang pengarah didakwa selepas menerima tajaan pakej penginapan dan permainan golf daripada pihak berkepentingan dalam urusan rasmi.

  • Ops Sealord (Perolehan Secara Pecah Kecil). Penyelewengan dalam perolehan alat ganti kapal TLDM dengan memecah kecilkan nilai pembelian bagi mengelak proses tender terbuka.

 

Berikut disenaraikan Cara Mendapatkan Tender Kerajaan dengan Cara yang Betul

Untuk memenangi tender secara sah dan berintegriti mengikut garis panduan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):

  1. Lengkapkan Pendaftaran & Pensijilan Sah. Pastikan syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun aktif di sistem ePerolehan, serta memegang kod bidang MOF atau gred pendaftaran CIDB yang tepat dengan skop kerja.

  2. Patuhi Spesifikasi Dokumen Tender Secara Teliti. Baca syarat wajib, spesifikasi teknikal, dan jadual pematuhan (compliance table). Ramai pembida gagal di peringkat saringan awal hanya kerana tertinggal dokumen sokongan wajib atau tidak menandatangani surat akuan.

  3. Tawarkan Harga yang Kompetitif dan Munasabah. Kira kos operasi, margin keuntungan, dan kos luar jangka dengan tepat. Elakkan meletakkan harga terlalu rendah sehingga menjejaskan kualiti (yang menyebabkan tender ditolak kerana tidak munasabah) atau terlalu tinggi berbanding harga pasaran.

  4. Kukuhkan Profil Kewangan dan Rekod Prestasi. Pastikan penyata bank terkini menunjukkan aliran tunai yang sihat bagi membuktikan keupayaan syarikat membiayai projek sebelum bayaran kemajuan diterima. Sertakan bukti surat setuju terima (SST) atau sijil siap kerja bagi projek terdahulu.

  5. Tandatangani dan Patuhi Integrity Pact. Setiap pembida diwajibkan menandatangani Surat Akuan Pembida yang mengikrarkan bahawa syarikat tidak akan menawar atau memberi suapan kepada mana-mana individu sepanjang proses perolehan.

  6. Sertai Taklimat dan Lawatan Tapak Wajib. Hadir ke sesi taklimat untuk memahami keperluan sebenar agensi. Gunakan ruang soal jawab rasmi semasa taklimat untuk mendapatkan penjelasan teknikal tanpa perlu menghubungi pegawai secara peribadi di luar saluran rasmi.

  7. Pengalaman Projek Lalu. Pengalaman projek lalu sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pengalaman bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu projek

Anda sedang mencari peluang projek tender? Jom join platform tenderkini.com (komuniti pembekal dan vendor kerajaan dan swasta yang sedang berkembang di Malaysia) untuk dapatkan Notifikasi Sebutharga & Tender seluruh negara TANPA HAD. Untuk maklumat lanjut hubungi pegawai khidmat kami ditalian: +601168382278 (Call/WhatsApp)

Komen

Tiada komen lagi. Jadilah yang pertama berkongsi pendapat.

Log masuk atau daftar untuk menghantar komen.